Wednesday, February 18, 2009

Antara 2 Kisah

Setiap kali menjelang bulan Februari..saya akan mengingati 2 perkara yang berlaku dalam hidup saya..perkara yang sangat memberi kesan dalam hidup saya..ada kisah suka dan duka..tiap kali Februari menjelma..pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam hati saya...

19 Februari 2000..

tarikh ini adalah tarikh ulangtahun perkahwinan ibu bapa saya..dulu saya tidak tahu mengenai tarikh ini..hanya ketika saya di tingkatan 2 baru saya mengetahuinya..maklumlah..waktu itu saya baru meningkat remaja..jadi saya banyak bertanya pada emak tentang tarikh-tarikh yang berkaitan dengan ahli keluarga saya..saya belajar mengingati hari lahir ibu bapa serta adik beradik saya..dan juga hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah..pada tahun 2000..saya dan adik beradik yang lain merancang untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan abah..segala perancangan telah dibuat dan kami ingin adakan surprise untuk mak dan abah...

19 Februari 2000..

adik bongsu saya demam..kali ini demamnya agak teruk..sesekali dia mengalami kekejangan..suasana rumah saya mula menjadi kelam kabut..abah kerja pada waktu itu..mujur datuk dan nenek saya tinggal bersama…jadi datuk banyak menenangkan keadaan..keadaan adik saya semakin teruk..sesekali dia menjerit..seolah-olah ketakutan melihat sesuatu..dan setiap kali itu juga dia akan memeluk datuk saya..saya sedih melihat adik..kenapa dengan adik..atas bantuan pakcik..adik di bawa ke klinik..doktor menasihatkan supaya adik dihantar ke hospital..waktu pulang dari klinik..adik tidur..mak berbincang dengan datuk dan nenek untuk bawa adik ke hospital..tiba-tiba adik mengalami kekejangan lagi..saya tak sanggup melihat keadaan adik..saya duduk di beranda rumah..saya menangis…dalam hati saya berdoa agar adik cepat sembuh..saya sedih melihat dia sakit begitu..tiba-tiba saya terdengar suara tangisan nenek..nenek memanggil-manggil nama adik..pada waktu itu saya tahu..adik dah meninggal..saya hanya mampu menangis..adik masih terlalu muda untuk pergi...baru berusia 6 tahun..namun takdir tuhan telah menentukan..dia pergi dalam usia muda…

Perancangan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mak dan abah akhirnya dibatalkan..sebaliknya ia menjadi kenduri arwah..Hingga saat ini..saya masih mengingati kedua-dua peristiwa itu..dua peristiwa pada hari yang sama..hari ulangtahun perkahwinan..dan hari pemergian adik saya..hingga ke saat ini juga kami sekeluarga tidak pernah meraikannya..kerana pada tarikh yang sama..dalam gembira ada duka..kerana itu lah perasaan saya seringkali terkesan setiap kali Februari menjelang..kini..19 Februari disambut dengan kenduri arwah..mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan adik di alam sana..kami sekeluarga juga turut mendoakan agar kebahagiaan dalam keluarga akan sentiasa berkekalan..Mohamad Shafi Aizal Othman..semoga kamu tenang di sisiNya..

No comments:

Post a Comment