Saturday, March 21, 2009

Selamat Pengantin Baru



saat sah bergelar suami isteri


siti ainshah & anuar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca..kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai majlis perkahwinan mak cik saya yang berlangsung pada 14 Mac 2009 yang lalu..alhamdulillah..walaupun sibuk dengan assignment tapi saya dapat juga pulang ke kampong untuk meraikan hari yang penuh bermakna ini..Cuma saya agak terkilan kerana tidak banyak yang dapat saya bantu untuk majlis ini kerana saya hanya pulang sehari sebelum hari pernikahan beliau..sebenarnya sudah lama saya menanti detik ini..akhirnya sampai juga jodoh mak cik yang saya panggil dengan panggilan mak iti..majlis ini merupakan “majlis penutup “ dalam keluarga mak iti kerana beliau adalah yang terakhir yang berkahwin..saya lihat mak iti berseri-seri di hari perkahwinan beliau..agak tersentuh hati saya melihat air mata beliau saat sah bergelar isteri..majlis persandingan berlangsung pada keesokan harinya..suasana sememangnya meriah..selesai majlis..ahli keluarga kami sama-sama mencuci periuk yang digunakan untuk memasak..pada waktu ini suasana sangat kecoh dan penuh dengan gelak tawa..pengantin juga turut sama-sama turun padang..membantu apa yang patut..walaupun penat..tetapi inilah kenangan yang akan saya kenang sampai bila-bila..kepada mak iti dan suami..semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa

Program Suburkan Insan Harmonis


bakal pereka fesyen..ada bakat ni..

bincang trademark kumpulan..


barisan fasilitator..happy sebab program dah selesai..


Pada 7 & 8 Mac 2009, saya dan rakan-rakan telah menjalankan Program Suburkan Insan Harmonis yang bertempat di Asrama Pusat Smk Sri Tanjong. Program ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilakukan untuk subjek pengurusan bimbingan dan kaunseling. Alhamdulillah, program ini akhirnya dapat dijalankan dengan baik walaupun terdapat beberapa masalah di peringkat awalnya. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Semangat berpasukan inilah yang menjadi tunjang kekuatan kami. Pada peringkat perbincangan, tarikh dan sekolah bertukar bersilih ganti. Pelbagai masalah yang timbul untuk menjalankan program. Tetapi ahli kumpulan tetap bersatu hati dan bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Sepanjang program suburkan insane harmonis ini berlangsung, ahli kumpulan juga menunjukkan komitmen yang tinggi. Apa yang saya dapat lihat, bukan sahaja hubungan para peserta menjadi jelekit, malah hubungan antara ahli kumpulan kami juga turut bertambah jelekit. Sehingga program berakhir, saya dapat rasakan program kali ini agak kurang tekanannya. Berbanding dengan program yang pernah saya lalui sebelum ini, saya berpendapat program ini lebih santai dan tersusun. Gelagat ahli kumpulan yang gemar berjenaka juga menghiburkan kami dan sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dalam diri masing-masing. Kepada semua ahli kumpulan, NAZRI, RAHMAT, ANUAR, FAI’ZAH, ZAHIDAH, JAMILAH, WAN ZAKIAH, MOK, SHUZALINA, anda sememangnya individu yang hebat. Saya senang bekerjasama dengan anda semua. Perkara paling penting yang saya pelajari daripada program ini adalah sikap sabar dan kerjasama dalam kumpulan. diharapkan pada masa akan datang, saya dapat memperbaiki kelemahan diri dan dapat menjalankan program dengan lebih baik lagi. Jumpa lagi…











Tuesday, February 24, 2009

Petua Mencuci Hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasiDatuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allahjadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencucihati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengarorang mengumpat.

Wednesday, February 18, 2009

Antara 2 Kisah

Setiap kali menjelang bulan Februari..saya akan mengingati 2 perkara yang berlaku dalam hidup saya..perkara yang sangat memberi kesan dalam hidup saya..ada kisah suka dan duka..tiap kali Februari menjelma..pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam hati saya...

19 Februari 2000..

tarikh ini adalah tarikh ulangtahun perkahwinan ibu bapa saya..dulu saya tidak tahu mengenai tarikh ini..hanya ketika saya di tingkatan 2 baru saya mengetahuinya..maklumlah..waktu itu saya baru meningkat remaja..jadi saya banyak bertanya pada emak tentang tarikh-tarikh yang berkaitan dengan ahli keluarga saya..saya belajar mengingati hari lahir ibu bapa serta adik beradik saya..dan juga hari ulangtahun perkahwinan mak dan abah..pada tahun 2000..saya dan adik beradik yang lain merancang untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan abah..segala perancangan telah dibuat dan kami ingin adakan surprise untuk mak dan abah...

19 Februari 2000..

adik bongsu saya demam..kali ini demamnya agak teruk..sesekali dia mengalami kekejangan..suasana rumah saya mula menjadi kelam kabut..abah kerja pada waktu itu..mujur datuk dan nenek saya tinggal bersama…jadi datuk banyak menenangkan keadaan..keadaan adik saya semakin teruk..sesekali dia menjerit..seolah-olah ketakutan melihat sesuatu..dan setiap kali itu juga dia akan memeluk datuk saya..saya sedih melihat adik..kenapa dengan adik..atas bantuan pakcik..adik di bawa ke klinik..doktor menasihatkan supaya adik dihantar ke hospital..waktu pulang dari klinik..adik tidur..mak berbincang dengan datuk dan nenek untuk bawa adik ke hospital..tiba-tiba adik mengalami kekejangan lagi..saya tak sanggup melihat keadaan adik..saya duduk di beranda rumah..saya menangis…dalam hati saya berdoa agar adik cepat sembuh..saya sedih melihat dia sakit begitu..tiba-tiba saya terdengar suara tangisan nenek..nenek memanggil-manggil nama adik..pada waktu itu saya tahu..adik dah meninggal..saya hanya mampu menangis..adik masih terlalu muda untuk pergi...baru berusia 6 tahun..namun takdir tuhan telah menentukan..dia pergi dalam usia muda…

Perancangan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mak dan abah akhirnya dibatalkan..sebaliknya ia menjadi kenduri arwah..Hingga saat ini..saya masih mengingati kedua-dua peristiwa itu..dua peristiwa pada hari yang sama..hari ulangtahun perkahwinan..dan hari pemergian adik saya..hingga ke saat ini juga kami sekeluarga tidak pernah meraikannya..kerana pada tarikh yang sama..dalam gembira ada duka..kerana itu lah perasaan saya seringkali terkesan setiap kali Februari menjelang..kini..19 Februari disambut dengan kenduri arwah..mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan adik di alam sana..kami sekeluarga juga turut mendoakan agar kebahagiaan dalam keluarga akan sentiasa berkekalan..Mohamad Shafi Aizal Othman..semoga kamu tenang di sisiNya..

Monday, February 9, 2009

Si Kecil Yang Tabah

Kisah yang ingin saya kongsikan ini berlaku semasa saya ingin pulang ke kampung semasa cuti Tahun Baru Cina. Saya menaiki bas yang lebih awal daripada waktu yang sepatutnya. Cuma ada beberapa kerusi sahaja yang kosong dan kedudukannya di belakang sekali. Saya tidak ada pilihan lain. Saya terus duduk di sebelah seorang mak cik. Di sebelahnya ada seorang kanak-kanak perempuan. Menurut mak cik itu, kanak-kanak itu adalah anaknya. Katanya lagi anak itu meragam kerana tidak dibelikan kek yang disukainya. Kasihan pula saya melihat mak cik itu. Bersungguh-sungguh dia memujuk anak yang merajuk itu. Mak cik itu bercerita kepada saya bahawa dia baru pulang dari Hospital Kuala Lumpur kerana membawa anaknya mendapatkan rawatan. Anaknya yang berusia 10 tahun itu menghidap barah otak. Menurutnya lagi, anaknya menderitai penyakit itu sejak berusia 6 tahun lagi. Anaknya pernah menjalani pembedahan, tetapi doktor tidak membuang ketumbuhan di otak anaknya kerana ia sangat merbahaya dan mendatangkan risiko. Saya rasa sangat simpati melihat kanak-kanak itu. Dalam usia yang muda dia terpaksa menanggung kesakitan yang amat berat. Kata makcik itu lagi, setiap kali selesai menjalani rawatan, emosi anaknya akan menjadi tidak stabil, sensitif dan mudah merajuk. Akhirnya setelah dipujuk, anaknya kembali ceria. Namun dia tidak banyak bercakap. Saya perhatikan wajahnya yang comel. Sekilas pandang, dia tidak kelihatan seperti kanak-kanak yang sakit. Sayu hati saya melihatnya. Betapa kuatnya semangat kanak-kanak itu menjalani kehidupan walaupun menganggung penyakit yang serius. Sesekali saya melihat dia tertawa. Saya cuba untuk berbual dengannya tetapi dia malu. Setiap kali bertentang mata dengan saya dia akan melarikan pandangannya. Namun saya perasan, apabila saya berpura-pura tidur, dia pula yang memerhatikan saya. Saya hanya tersenyum melihat telatahnya. Dalam hati saya, saya rasa kagum terhadap kanak-kanak itu. Andai saya berada di tempatnya, belum tentu lagi saya mampu untuk menghadapi dugaan sehebat itu. Saya muhasabah diri sendiri. Sedangkan dugaan kecil pun sudah cukup untuk membuat saya menangis dan kadang-kadang juga membuat saya berputus asa. Tapi saya melihat kanak-kanak itu masih mampu untuk tersenyum. Kanak-kanak itu telah membuka mata dan fikiran saya untuk menjadi manusia yang lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Saya tidak tahu adakah saya masih berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Saya hanya mampu mendoakan agar kanak-kanak itu dapat sembuh dari penyakitnya dan menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

Sunday, February 1, 2009

Kisah Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.


Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.


Moralnya
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandanganseseorang...

Wednesday, January 28, 2009

welcome to my blog

hai..salam perkenalan..selamat datang ke blog saya..diharapkan melalui blog ini kita dapat saling berkongsi maklumat dan pengetahuan..jumpa lagi!!